12 Cara Cepat Hentikan Hidung Berdarah Pada Anak Kecil Tanpa Panik

Pernah atau tidak anak anda mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba? Tengah main-main di padang permainan kemudian berlari menerpa dengan darah yang keluar dari hidung membasahi baju? Ngeri bukan? Ketika itulah kita mula panik bila melihat hidung, tangan dan baju anak penuh dengan darah merah menyala! Apa yang perlu kita buat masa tu? Panikkkk!

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?

Ia bermaksud keadaan darah keluar daripada hidung. Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Perlukah panik apabila hidung berdarah?

Tidak perlu panik apabila berdepan dengan situasi ini. Anak anda mungkin akan menangis dan terjerit-jerit terkejut mungkin sekiranya ia pengalaman pertama. Keadaan tidak selesa buat anak juga menyebabkan anak menangis. Kita sebagai ibu bapa jangan memburukkan situasi dengan CEPAT PANIK dan menggelabah. 

Bertenang dan minta anak bertenang sekali. Ia perlu supaya kita dapat menghentikan pendarahan dengan cepat dan teratur. Bertenang ye semua.

Apakah punca hidung berdarah?

Kita perlu memahami atau melihat kembali apakah agaknya punca hidung anak kita berdarah. Ia mungkin ada;
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Cuaca terlampau panas, anak berjemur bawah cahaya matahari terik terlalu lama.
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Dehidrasi, kurang air dalam badan
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Mari kita lihat jenis pendarahan hidung anak kita,

Dua Jenis Hidung Berdarah : 

A. Hidung berdarah dari depan (anterior) 
Pendarahan jenis ini bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung. Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka apabila kita menghembus nafas terlalu kuat, terkena objek tajam seperti hujung kuku, cuaca yang terlalu panas dan kering sehingga membran hidung menjadi ’retak’, menggelupas dan berdarah. 

Kriterianya adalah: 
• Hidung berdarah berlaku dari depan bahagian hidung 
• Darah keluar daripada salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali 
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun. 

B. Hidung berdarah dari belakang (posterior) 
Pendarahan jenis ini jarang berlaku. 
Kriterianya adalah: 
• Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung 
• Darah mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak 
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun. 


Cara Menghentikan Hidung Berdarah, Ingat Jangan Panik!


  1. Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka. 
  2. Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut). 
  3. Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti. 
  4. Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi. 
  5. Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi. Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti 
  6. Jangan picit atau menghembus hidung (tenangkan anak anda jangan menggelupur atau menangis keterlaluan)
  7. Jangan kesat atau korek darah beku di dalam rongga hidung. 
  8. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  9. Jangan membeban atau membongkokkan badan untuk mengangkat sesuatu yang berat
  10. Jangan tunduk atau meletakkan kepala di bawah paras jantung untuk jangka masa yang lama. 
  11. Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air) 
  12. Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari. 

Sebaiknya, situasi ini anda lakukan dalam bilik air supaya darah yang terkeluar senang nak dibersihkan. Selepas itu, mandikan terus anak anda supaya badan kembali sejuk dan memberi ketenangan buat anak anda.

JUMPALAH DOKTOR JIKA;
  1. Hidung masih berdarah dan tidak mahu berhenti atau telah berhenti tetapi datang semula 
  2. Pendarahan semakin cepat atau terlalu banyak darah yang keluar 
  3. Jika anda terasa letih atau pitam kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak 
  4. Darah mula mengalir melalui bahagian belakang tekak dan tidak dari bahagian depan hidung.
  5. Langkah seterusnya yang dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit serta melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya. Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi jika perlu.




Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelak hidung berdarah?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda cuba:
  1. Jangan biarkan hidung anak anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anak anda.Berlembutlah dengan hidung! 
  2. Jangan korek hidung, hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah.
  3. Sentiasa awasi anak agar tidak memasukkan bendasing dalam rongga hidung mereka.
  4. Minum lebih air untuk mengelakkan kesemua tisu badan anda termasuk membran mukus daripada menjadi ternyahhidrat. Beri anak minum performance drink untuk elak terhidrasi.


Nak bagi anak anda multivitamin sedap supaya anak anda tidak mudah kena selsema dan batuk yang menyebabkan rongga hidung mereka mudah tersumbat dan kering. :)



Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog