Kenapa Anak Suka Bergayut Menyusu Sampai Si Mak Sakit Pinggang?

Tahniah kepada si ibu yang memilih untuk menyusukan anak kesayangannya. tak kiralah yang menyusukan sepenuhnya atau hanya menyusukan pada waktu malam, siang di pengasuh menyusu botol formula. Semua ibu memilih untuk memberi yang terbaik kan? Tapi, bila menyusu malam, dia nak kerap menyusu dan bergayut berjam-jam sampai si ibu sakit pinggang. Pernah alaminya?
"Anak kau tu lapar tu, tu yang menyusu je tak berhenti tu"
Dalam hati mesti terhasut kata-kata yang cakap susu tak cukup, susu sikit, susu tak berkhasiat, susu cair dan macam-macam lagi penyebab anak asyik bergayut je. Baru je menyusu tapi lapar lagi ke budak ni?Tapi apa sebab sebenarnya?

SEBAB ANAK MENYUSU MALAM

1. Anak nak dipeluk sepanjang masa

Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi. Sambil menyusu, si ibu juga boleh berehat dan melelapkan mata. Kan mudah tu.
2. Susu ibu Cepat hadam

Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. 
Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !

3. Bayi Asyik Menyusu je 24 jam..susu tak cukup ke?


Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak? Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.

4. Suhu malam sejuk, anak perlukan lemak

Susu badan pada waktu malam kadar kandungan hindmilk lebih tinggi. Susu lebih berlemak. Yummy, si anak suka mium susu yang lebih berlemak pada waktu malam. Ia membantu memanaskan badan baby dan inilah yang buat baby kita bam-bam dan semangat badan dia. Best kan?


Si Ibu Sakit Pinggang Akibat Menyusukan Anak.

Sakit pinggang kerana si ibu mungkin salah baring, kedudukan baring yang tidak betul semasa menyusukan anak kesayangan anda. Cuba berbaring dengan betul semasa mula menyusukan anak, bantal diampu pada leher supaya tidak sakit tengkuk pula kemudiannya.

Kurang Kalsium dalam badan menyebabkan kita mudah sakit-sakit pinggang. Cuba cek balik tadi selepas makan malam ada tak anda ambil 4 biji Ostematrix iaitu Kalsium Magnesium yang sangat hebat dan berkesan ni. Mesti terlupa sebab tu la sakit pinggang. Ostematrix ni selain membekalkan kalsium dalam badan, ia juga milk booster tau.  Susu banyak nanti.

Jangan makan makanan yang berangin terlalu banyak misalnya jenis kekacang lebih-lebih lagi masih baru lagi melepasi tempoh berpantang. Ingat, sayuran sejuk dan berangin juga menyebabkan kita boleh sakit pinggang.

Amalkan duduk dan bangun dengan tertib. Jangan bangun secara mengejut dari tidur. Jangan mengangkat barang berat secara menunduk (menonggeng), salah postur badan tu. Rendahkan badan korang semua jika hendak angkat sesuatu barang. Bukan main tunduk je.
Walaubagaimanapun, pengalaman anak menyusu ni memang sangat seronok dan ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Saat-saat kita berdua je dengan baby masa menyusu pasti memberikan kita ikatan yang kuat dengan anak kita. Apapun, enjoy the moment. Jagan kesihatan ye ibu, dapatkan set menyusu dan cara pemakanan dari saya. Meh Call saya, jangan lupa.


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitami
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦
 jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog