Resepi Sambal Udang Tumis Petai Sedap, Mudah dan Berlemak

Semalam cikgu sempat juga siapkan hidangan berbuka puasa untuk suami iaitu Sambal Tumis Udang dan Petai. Walaupun masa nak carik petai pon dah lama, masa nak berbuka dah dekat, masih juga siapkan untuk memasak. Kali ni, masak Sambal Petai dan Udang cara special dan rasa dia memang naik sikit dan lebih berkrim.

Resepi Sambal Udang Tumis Petai

Bahan bahan:
  1. 10 ekor udang kuning besar yang mampu
  2. 1 biji bawang besar potong bulat 
  3. 3 ulas bawang merah
  4. 4 ulas bawang putih
  5. 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
  6. 1 ketul gula batu, kalau takde pakai gula melaka, atau gula putih saja
  7. Garam
  8. Air asam jawa sikit
  9. susu sejat/ susu segar atau santan dalam 2 sudu saja.
  10. Petai yang dah disiang amik biji saja belah dua. (guna 5 tangkai petai)

Cara cara:

Panaskan minyak dan goreng udang yang digaram kunyit seketika. Angkat dan ketepikan. Sekejap je goreng ni jangan lama-lama, agak-agak udang dah tukar warna angkat terus.

Buang minyak goreng udang supaya tinggal minyak untuk menumis saja.Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan. Kalau dah pecah minyak tu ok lah tu.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam. Letak susu segar/susu sejat atau santan last sekali. Goreng kasi sebati.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jangan masak lama, nanti udang keras, tadi dah goreng dah.Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.


#sekarang ni suka masak pakai gula batu, rasa lebih sedap dan menyerlah.

cara hilangkan bau petai

Cara Hilangkan Bau Petai.

Petai sangat dikenali dengan baunya yang kuat. Berikut adalah antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bau petai.

1) Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.

2) Masukkan terung dalam masakan yang menggunakan petai. (aklau adalah terung tu, sedap juga)

Selamat memasak hidangan buat keluarga tersayang :) Jom Masak Sambal Udang Petai yang Mudah dan Ringkas ni. 15 minit siap masak.

Makan Herblax membantu lepas makan petai, membantu penghadaman tau. So kurangla bau petai masa proses tu, sebab cepat proses nya..heee




Cikgu Hani 0192710642
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP 
✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEh
 iRHani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog