11 Tips Lebih Nilai Untuk Petrol Kenderaan Anda

Harga minyak semakin naik semenjak dua menjak ni dan kita pon disarankan agar mengambil langkah berjimat cermat dalam semua perkara. Bila tiba musim perayaan, mestilah kita nak bergerak dan pastilah menggunakan kenderaan bermotor kan? Kalau ada menteri bagi nasihat suruh beraya naik basikal pulak kang... hee... Apapun, kita cuba beberapa tips dan langkah penjimatan minyak yang mudah dan memang boleh kita buat. Yang penting, BUAT!

Ada beberapa tips yang memang mudah je kita nak ikut. Pemandu perempuan pon pasti boleh buat ni, bukan kena bukak engin pon. Jom kita sama-sama praktikkan ke arah menuju penjimatan minyak. Selagi boleh jimat, moh kita JIMAT. 

11 Tips Penjimatan Minyak Kereta Yang Mudah 


1. Isi minyak pada waktu tak panas (contoh waktu pagi/malam) 
Bagi mengelak minyak meruap, minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.

2. Bawa kereta secara tenang 
Tukar gear pada 2500rpm dan cruise pada 2000-2500rpm bagi mengelak bebanan kepada enjin lalu menyebabkan minyak cepat abis.

3. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan di bahagian pemandu.Tekanan angin itu mesti mencukupi dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali. 
Kekurangan angin pada tayar kenderaan akan menyebabkan lebih geseran antara tayar dan jalanraya yang menyebabkan penggunaan minyak yang lebih, manakala tekanan angin yang lebih pada tayar pula akan menyebabkan geseran antara tayar dan jalanraya terlalu sedikit yang boleh mengurangkan tahap keselamatan kenderaan dari segi handling dan braking. Jadi, tekanan angin pada tayar perlu mengikut spesifikasi untuk penggunaan yang optimum. 
4. Isi perlahan2 picu pam minyak bagi mengelak banyak petrol menjadi wap. 
Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi. Oleh itu, jangan kalut masa isi minyak dan tekan pelan-pelan toggle pam tu.

5. Isi minyak mengikut liter, bukan RM. 
Contoh isi rm21.50 utk 10liter, bukan mengisi rm10 kerana jumlah liter yg di isi mungkin dibundarkan. Isi dalam liter. Contoh RON 95 ;1 liter harga rm2.15

isi lah rm21.50 jadi 10 liter
isi rm43 jadi 20 liter
isi rm64.50 jadi 30 liter

 (Bagitau Kaunter isi 30 liter atau tekan sendiri di mesin tu)
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh isi RM30 dapat 13.955 liter. Tak genap, maka kita Rugi sikit, tapi kalau semua orang camni tiap-tiap hari towkey stesen minyak yang untung.

6. Guna kad kredit dan kad stesen minyak.
Daftarlah untuk kad stesen minyak contohnya Kad Mesra Petronas, bonuslink ke dan jangan lupa swipe setiap kali mengisi minyak untuk mendapat mata ganjaran atau rebat petrol. Tak rugi pun buat ni,malahan untung lagi.

7. Kurangkan muatan yang tak diperlukan di dalam kereta. 
Sentiasa kosongkan bonet, tak perlulah bawa barangan yang tak perlu dalam kereta kot ada pasu ke, set golf ke...Bawa hanya barang2 yang perlu shj.

8. Parking kereta di tempat tak panas utk mengelak petrol dalam tanki menjadi wap.

9. Rancang perjalanan
Keluar kerja lebih awal utk mengelak jem. Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS atau waze untuk membantu. Sesetengah aplikasi smartphone nie juga memberi real time traffic di jalan yang anda bakal lalui dan juga pilihan laluan perjalanan untuk keselesaan kita.


10. Travel pada waktu tak panas
Density udara lebih pada waktu tersebut dan akan menyebabkan pembakaran dalam lebih enjin lebih sempurna. Kita pon taklah menggunakan aircond berlebihan nak sejukkan kenderaan. Kalau tutup ekon lagi bagus.

11. Gunakan kereta yg sesuai
Kepada pemilik kenderaan pelbagai, boleh guna tips ni. Contoh utk pergi kerja, guna kereta kecil atau motosikal shj. Kereta besar seperti MPV diguna ketika untuk perjalanan jauh dan muatan banyak.

Jom Balik Kampung dengan hati yang bergembira dan memulakan langkah penjimatan. Jimat minyak banyak, boleh suka hati banyak. Pandu cermat, jiwa selamat. InsyaAllah.





Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog