9 Tips Cara Pilih Durian Sedap Supaya Tidak Menyesal Tertipu

Musim Durian datang lagi. Bau durian yang menusuk hidung dengan rasa yang lemak manis gebu..Aduhai. Bulan puasa ni tahan air liur je lah. Ada beberapa Tips dan Cara Memilih Durian yang sedap manis dan pastinya berbaloi buat kita. Untuk mengelakkan ditipu ketika membeli durian, eloklah baca sedikit tips memilih durian ini.

 9 TIPS PILIH DURIAN

1. Lihat Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. jika kelihatan rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka ISI buahnya pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna daging buahnya pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati tau.

2. Perhatikan Durinya
Jika kulit kelihatan berduri jarang dan besar-besar boleh dipastikan durian itu berisi padat, tetapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian pasti lembik.

3. Pilihlah Yang Ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya terlalu berair atau bahkan busuk.


4. Kulit
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.


5. Jangan Lupa Dipukul - pukul
Jika terdengar suara "bluk-bluk" bergema, itu tandanya durian sudah matang.tapi bila terdengar bunyi "plek-plek" itu tandanya durian belum matang.

6. Goncangkan
Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.Takla isinya lembik atau macam dah lama.

7. Pilihlah Yang Ada 5 Pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat dari permukaan kulitnya, berupa garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang ideal mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

8. Ambil Yang Bulat
Bentuk bulat menandakan isi buahnya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat biasanya hanya memliki isi buah sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.

9. Cium Baunya
Saat memilih durian, dekatkan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.


Semoga kita tidak tersalah pilih durian yang mangkak atau yang tidak manis. Apapun, baca Bismillah ketika memilih durian. Berikut merupakan sedikit video tips cara memilih Durian. Jom makan durian!


Nak tahu jenis-jenis durian? Baca sikit info nih. Selalunya cikgu suka durian kampung je. Lebih-lebih lagi durian FREE sebab pak mertua ada dusun durian.. yahuuuuuu... Happy berdurian :)








Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG 

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog