Cara Hilangkan Bau Petai Yang Busuk Dalam Kumuhan Esok Hari

Sedap sungguh si petai masak cili bersama udang buat hidangan berbuka puasa. Terliur melihat si petai yang rasa kelat-kelat pahit tetapi lemak sedap rasanya tu bergabung dengan udang yang manis dan pedas sambalnya. Aduhai.. sedap makan petai ni, tapi risiko makan petai ni tinggi. Risiko BAU yang kurang menyenangkan bila kita 'berkumuh' keesokkan harinya. Perasan tak? Ke buat-buat tak perasan je bau tu? Heeee


Mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui bahawa Petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian Petai  mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Selain itu dapat juga membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit berikut.

Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.
(sedapnya, nak tahu resepi sambal petai sedap? KLik Sambal PETAI sedap)

Tapi, masalah kalau makan Petai yang sedap ni, nanti bila kita kencing atau buang air besar, "harum' semerbak bau toilet.huuuuuuu
Oleh itu, 

Untuk itu, boleh try Petua dibawah ni, .. memang ada perbezaan..tak lah sebusuk sebelumnya.

Petua hilangkan Bau Petai

1. Makan beras mentah dalam 10 biji selepas makan benda2 bau
2. Kunyah terung mentah agak2 sebesar ibu jari.
3. Kunyah timun.
3. Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur dgn listren
4. Kunyah chewing gum
5. Selepas makan = ambil pil yang melawas buang air besar agar makanan itu cepat2 keluar sebaik di hadam (cthnya:makan Herblax kasi lawas dan cuci usus terus)

Petua nak hilangkan bau petai dlm kumuhan (buang air besar dan kecil)



  1. Sebelum dan selepas makan petai, sila minum dalam tiga empat teguk susu segar ok! Susu segar yang dimaksudkan disini adalah susu lembu ke, kambing ke, unta ke, InsyaAllah berkesan... 
  2. Satu lagi tips, bagi mengurangkan bau busuk kencing dan najis, minum air kopi O. Cubalah, takcuba tak tahu...
  3. Petua tambahan yang teman baru jumpa tadi..Kalau nak makan petai, makan dengan terung.. contohnya makan Sambal Petai dan Pajeri Terung atau makan sambal Petai campur terung.. ok jeaaa.. cubalah.. korang akan perasan yang bau petai tu x seteruk macam makan Petai single jeaa.. heee...
Apa tungggu lagi, jom carik petai dan udang buat masak jamu keluarga harini.



Nak sembang-sembang? 
konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog