Kandungan Anggur/Molar, Mengandung Ke Tidak Molar Pregnancy Ni?

Ternyata kehamilan itu ada beberapa jenis kehamilan dan salah satunya adalah kehamilan molar atau dapat dikatakan sebagai kehamilan anggur. Kehamilan molar berlaku apabila pertumbuhan abnormal tisu serupa anggur terjadi di dalam rahim anda dimana janin tidak terbentuk.

Kehamilan molar disebabkan oleh masalah dengan maklumat genetik telur atau sperma. Jika terjadi kes begini, ia dikira hamil atau tidak? Jika Anda mengalami kehamilan molar maka anda perlu dirawat segera untuk mengeluarkan semua tisu yang menyebabkan masalah yang serius dalam sesetengah wanita.

Bahaya kandungan anggur

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.

Jenis kandungan anggur-

Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Cara Mengesan kandungan anggur

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-


1. Perdarahan faraj. Tidak semua perdarahan faraj itu disebabkan oleh kehamilan molar. Selalunya imbasan ultrasound akan dilakukan dan keadaan sebenar kandungan dapat dipastikan dengan serta merta.
2. Anemia.
3. Perut yang terlalu cepat membesar, tidak sesuai dengan usia kandungan.
4. Muntah yang keterlaluan.
5. Praeklampsia/darah tinggi semasa mengandung. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga kandungan. Namun begitu, ia boleh juga berlaku semasa trimester pertama ataupun kedua, ketika seseorang itu mengalami kehamilan molar.
6. Hipertiroidism. Hormon tiroid akan bertambah apabila seseorang wanita itu mengandung tetapi ia bertambah berlipat kali ganda semasa kehamilan molar. Menyebabkan jantung berdebar-debar, kepanasan dan tubuh badan menggigil.
7. Apabila tumor itu merebak ke organ- organ lain, simptomnya lebih spesifik. Contohnya, kesan rebakan ke paru-paru menyebabkan batuk, sakit dada, batuk berdarah ataupun sesak nafas.

Cara Rawatan

Rawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku. Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya. 


Selepas itu, pesakit perlu menjalani rawatan susulan untuk mengesan sama ada penyakit ini sudah sembuh ataupun bertukar menjadi mol invasif ataupun koriokarsinoma.
Setiap kali rawatan susulan, perlu melakukan pemeriksaan darah HCG setiap minggu sehinggalah ia menunjukkan hasil yang negatif sebanyak tiga kali. Rawatan kemudian dilambatkan kepada setiap bulan selama dua tahun.
Semasa tempoh rawatan, pesakit dinasihatkan agar tidak mengandung kerana ia akan menyukarkan diagnosis andainya kehamilan molar bertukar kepada bentuk yang lebih ganas. Perlu diingatkan, kandungan yang normal juga merembeskan hormon HCG serupa.
Penyakit GTD yang lain memerlukan rawatan kemoterapi yang berterusan, bergantung kadar susutnya hormon HCG . Selepas HCG menjadi negatif, kemoterapi ditambah tiga kali lagi.
Sekiranya mahu mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi, sebaik-baiknya menunggu sehingga setahun selepas kemoterapi yang terakhir sebelum mencuba lagi.
Selepas berhasil, dapatkan rawatan dengan segera dan jangan lupa membuat imbasan ultrasound. Selepas melahirkan, jangan lupa membuat ujian HCG selepas enam minggu.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja.Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut. 


Faktor risiko
Faktor risiko merupakan apa sahaja yang menambahkan risiko seseorang itu mendapat sesuatu penyakit.
Tetapi, ia tidak bermakna jika anda mempunyai beberapa faktor risiko di atas akan menyebabkan anda mesti/akan mendapat penyakit tersebut.
1. Umur - Risiko untuk kehamilan molar lebih tinggi kepada wanita berumur lebih 40 tahun ataupun kurang dari 20 tahun.
2. Turutan kandungan - Wanita yang mengandung kali pertama mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.
3. Pernah mengalami kehamilan molar. Risikonya bertambah kepada 1:60.
4. Jenis darah: Wanita yang mempunyai darah jenis A atau AB lebih berisiko berbanding dengan darah jenis B atau O.



Apapun, penting untuk kita menjaga kesihatan sebelum, semasa dan selepas hamil agar kita dapat memberikan persekitaran rahim yang baik untuk bayi yang dikandung dan supaya perjalanan kehamilan yang mudah dan lancar. Walaubagaimanapun, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu merancang, ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Senyum dan redhalah selalu. InsyaAllah rezeki kita ada tu. 

Sumber daripada;


  1. Petikan Dr. Suraya Arshad A.M.Z Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
  2. http://drzubaidi.com/blog/kehamilan-anggur/
  3. Petikan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Sa'ari.


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal.
 ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog