Kencing Kuning Lepas Makan Vitamin, Tak Bahayakah?

Selepas saya memakan sejenis vitamin ni, keesokkannya air kencing saya berubah warna. Saya jadi panik. Saya minum air masak yang cukup dan banyak. Tapi bila saya buang air kecil, air kencing tu berwarna kuning pekat. Eh, seakan warna vitamin yang saya makan. Bahaya ke tak ya? Takut saya kalau-kalau itu tanda berpenyakit.


Kencing Berwarna Kuning Pekat Selepas Makan B.Complex


Bila anda mendapati warna air kencing terlalu kuning selepas mengambil B complex, JANGAN PANIK dan TAKUT. Untuk pengetahuan semua, bukan vitamin B complex Shaklee sahaja, malah semua vitamin B di pasaran jika diambil akan menyebabkan air kencing berwarna kuning yang agak pekat. Ini kerana vitamin B adalah tergolong di dalam kumpulan vitamin larut air. Warna kuning tersebut adalah normal.
Kesemua kumpulan vitamin B sama ada vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan Biotin adalah tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Kesemua vitamin larut air ini boleh larut di dalam air. Badan manusia perlu mengambil vitamin larut air ini (vitamin B dan C) setiap hari kerana badan tidak menghasilkan sendiri vitamin tersebut. Vitamin ini juga tidak disimpan di dalam badan. Kerana sifatnya yang larut air, lebihan vitamin ini akan dibuang daripada badan melalui air kencing.

Kenapa Warna Kuning?


B.Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan salah satu vitamin tersebut ialah Riboflavin. Riboflavin ni lah yang memberi warna KUNING pada urin kerana sifat vitamin B yang larut air itu. Oleh itu, Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin. Maka, urin yang kuning selepas mengambil supplemen B.Complex adalah normal dan tidak berbahaya.
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Maka, minumlah lebih banyak air masak dan pastikan badan anda tidak terhidrasi.

Namun, adalah bagus juga untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Jadi, adakah kita perlu mengambil vitamin B dan C setiap hari?
Ya, perlu diambil setiap hari. Badan manusia hanya menyerap vitamin B dan C dalam kuantiti tertentu sahaja. Lebihan vitamin yang tidak diserap akan terus dibuang melalui air kencing. Ini kerana vitamin larut air tidak disimpan di dalam badan. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil vitamin B dan C setiap hari untuk kesihatan yang optimum. Jom, dapatkan Vitamin B.Complex yang mempunyai pelbagai kebaikan ni dari saya.




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. 
≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog