Anak Demam Panas Mendadak, Apa Nak Buat Di Rumah


Cuaca kerap jerebu, panas dan hujan tidak menentu sekarang ini menjadikan anak-anak syurga kita yang sihat dan aktif secara tiba-tiba anak demam dan tidak bermaya

Badan yang panas, tak lalu makan , monyok dan tidak aktif sepanjang hari amat merisaukan kita. Ditambah pula dengan batuk dan selsema yang tak henti-henti menyebabkan anak tidak selesa dan PERLU RAWATAN. Apa nak buat?


Ibu dan ayah mithali sekalian jangan kalut dan menggelabah bila anak-anak demam. Korang ibu bapa hebat perlu lebih cool dan bertenang semasa menguruskan situasi anak panas dan merengek sepanjang masa. Apa yang ibu bapa hebat boleh buat dirumah untuk mengurangkan panas badan ialah...

TIPS UMUM REDAKAN DEMAM PANAS :


1. Pastikan semak suhu sentiasa. 
 Tidak boleh agak-agak. Belilah termometer mudah dibaca dan tepat   bacaannya. Boleh guna yang letak di dahi atau di celah ketiak. 

2. Teknik Sponging/lap/jerlum:
  • Kawal darjah kepanasan dengan sponging/lap/jerlum.Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala     dengan air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian pelipat, ketiak dan kelangkang.   
  • Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala basah di sekitar tempat tersebut.
3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:
  • Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).
  • Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:


  • Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan luke warm water (midly warm / tepid) iaitu air suam-suam kuku.
  • Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat terbuka, air suam tersebut jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam     air paip biasa, ini kerana air akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk.
  • Cara memandikan;  Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10- 5min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 


5. Garlic Socks Remedies/ stokin bawang putih;

Nak buat mudah je, pecahkan 2-3 ulas bawang putih, letak minyak apa-apa pun boleh. (untuk wangi saya letak minyak   rambut bayi) kalau ada habbatus sauda letak juga, dan terus sapu atau rendam stokin anak itu dan pakaikan pada anak sepanjang malam.
    
6. Fokus Rawat Imun
  • Kerapkan beri anak susu ibu (ibu juga perlu kawal diet, banyakan minum,makan vitamin c dan bawang putih
  • Liquid Diet : Air kosong, jus segar dari buah sebenar, bone broth (suptulang) / sup ayam sebagai penawar untuk elakkan dehydrate(kekeringan). Virus hirup protein dalam tubuh, sup tulang ayam atau daging membantu mengekalkan        protein, masak bersama antiviral foods juga,ianya boleh menaikkan sistem imun badan. Buat bubur nasi, letak banyak bone broth dan banyak bawang putih.
  • Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit,brocoli,makanan penyejuk badan seperti air kelapa muda,barli, kembang semangkok, buah tembikai.Jika anak tak boleh lagi makan, ibu yang menyusukan boleh makan.
  • Elakkan Gula - Gula adalah makanan bakteria dan melemahkan sistem imun tubuh keseluruhannya juga. Gula membantu pembiakan bakteria dan menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus.
  • Makan vitamin C semulajadi - Jus Buah Segar atau telan 2 biji Vitamin C sustained Release.



Ibu bapa penyanyang sekalian, kita Fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Demam ini bagus untuk test pertahanan badan anak kita. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankan tugasnya matikan kuman. Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan antioksida dan guna petua hilangkan selsema dengan cepat.



Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik , amalkan makan multivitamin dan vitamin C untuk anak anda. Nutriferon juga baik untuk menaikkan imunisasi badan anak. Bantu anak bina imun badan diorang. Ingat ye, semoga anak-anak kita sihat dan aktif selalu. InsyaAllah kita berikan terbaik buat mereka.




NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK? 

sila sms atau call , 
 1. Cikgu Hani 019 271 0642 
 2. Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
 3. Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog