Cegah Sakit Akibat Jerebu Melampau

"Teruk kan jerebu kali ni?"
"Ha, teruk juga kat mana-mana pon rasa nak batuk aja"

Kesan daripada 'musim' jerebu ni boleh akibatkan kita jatuh sakit. Semakin hari semakin tebal 'asap' jerebu yang mengelilingi kita. Walaupun hujan beberapa kali, kabut jerebu seakan tidak mahu hilang.

Anak dah mula batuk-batuk kecil. Mata mula merah, semua ini simptom awal nak selsema dan demam. Dalam keadaan sekarang, kita cuma boleh buat beberapa langkah pencegahan. Apa nak buat dan cegah sakit bila jerebu ni ya?

Langkah Mencegah Kesan Akibat Jerebu


Jerebu memberi kesan BURUK terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi. Mereka ini perlu kita beri perhatian dan nasihatkan supaya mengelak jerebu. Siapakah yang berisiko tinggi? 

1. Bayi dan Kanak-kanak. 
2. Wanita hamil dan bersalin
3. Warga emas
4. Perokok.(ambillah peluang ni nak berhenti merokok ye)
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 
6. Golongan berpenyakit seperti sakit asma, bronkitis, radang paru-paru,
sakit jantung dan alahan.


Sakit Akibat Jerebu

Bila kita sering terdedah dengan jerebu, kita perlu lihat sekiranya ada simptom-simptom seperti ini :* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
* Sukar bernafas atau sesak nafas. 
* Mata pedih dan berair. 
* Hidung berair dan kerap bersin. 
* Kulit badan terasa gatal-gatal. 
* Sakit-sakit dada. 


Elak Sakit Ketika Jerebu.

Langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :

1. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Makan makanan yang tinggi omega untuk pesakit asma dan lelah atau ambil Omega Guard terbaik untuk asma.

3. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 

4. Makan supplemen/ vitamin yang meningkatkan sistem imun badan dan elak hidrasi badan contohnya nutriferon dan performance drink.

5. Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.

6. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.

7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Basuh 3 atau 4 kali sehari agar lebih bersih dengan rangkaian produk Nutriwhite.

8. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 

9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Lebih 3 liter sehari.
10. 
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). Elokla amik peluang berhenti terus.

11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 
Jaga kesihatan kita dan keluarga. Tindakan yang bijak bila kita mula mencegah daripada nanti nak mengubati apabila dah terkena penyakit. Jom kekal sihat walaupun jerebu.


Nak sembang-sembang? konsultasi?
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
 iR Hani 858760
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog