Jangan Bawa Anak-Anak Ke Legoland, Pasti Menyesal Apabila...

Cuti sekolah datang lagi! Horay. Anak-anak mula bertanya pada kita nak bawa mereka ke mana pula. Saya sungguh Menyesal bawa anak-anak bercuti ke Legoland cuti yang lepas. Betul, menyesal sungguh, sampai sekarang masih lagi terasa kesannya..

Orang kata, kalau pergi ke Johor, jangan lupa melawat Legoland. Betul, Legoland ni antara tumpuan pelancong dari dalam negara dan luar negara. Maka kami sekeluarga mula merancang hendak melawat Legoland ni kerana nak tahu apa yang seronoknya di sini. Tak susah nak ke Nusajaya ni, hanya perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan dan ada signboard yang jelas untuk ke Legoland. Dari Kl ke Legoland hanya dalam kira-kira 3 jam setengah atau lebih. Oleh itu, jika hendak sampai Legoland jam 10, haruslah bertolak seawal subuh.

Kalau yang masih tak tahu, Taman Tema Legoland ada di Nusajaya, Johor. Legoland dibuka pada 15 September 2012. Maksudnya baru hampir 4 tahun Taman Tema Antarabangsa pertama ini yang dibuka di Malaysia. Sesampainya di sana, apa yang menarik dan apa yang kesalnya? Jom baca sampai habis pengalaman saya dan ipar bersama anak-anak bercuti di Legoland.





Mesti sampai Legoland seawal mungkin! Kaunter buka jam 9.30 untuk pemegang Pas Tahunan. Tapi, kami beratur awal juga untuk beli tiket dan letak beg kami di Hotel Legoland. Kami menempah untuk menginap di Hotel Legoland, maka kami beli tiket terus di kaunter Lobi hotel. Seusai simpan barangan, kami bergegas ke pintu hadapan apabila anak-anak tak sabar nak mulakan pengembaraan mereka.😁

Di pintu masuk, ada peta kawasan Legoland yang terbahagi kepada 7 bahagian. Kami cuba memahami peta, dan bergerak ke tempat terdekat bila anak-anak semakin teruja sehingga sukar nak kawal mereka. Bayangkan, dikelilingi dengan bongkah-bongkah Lego besar dan permainan yang pelbagai. Hahaha, boleh bikin pening nak pilih permainan mana. Maka sini, mak bapak perlu mainkan peranan dan kawal anak-anak supaya bertenang.
Untuk anak-anak kami, kami memilih untuk ke Lego City dahulu kerana lebih banyak permainan untuk anak-anak lingkungan usia anak kami. Oleh kerana kami pergi pada awal pagi dan pada Hari Rabu (cuti sekolah), tidak terlalu ramai pengunjung ketika ini. Boleh main dua hingga 3 kali permainan sini sampai anak bosan. Ha, anak akan terkinja-kinja nak main permainan lain pula. Jom tukar permainan.

 (Belajar memandu dengan peraturan ya anak-anak)

 (Percubaan memadamkan api , penat dan mengujakan sebab ia pertandingan!)

 Merasa pengalaman menjadi Ahli Bomba.
Ni agak mengelirukan, mak ke anak yang seronok naik ni?

Banyak pula gambar yang seronok kan? Apa pula yang saya maksudkan dengan menyesal dan terkilan? Ini adalah sebab kenapa saya terkilan dan Menyesal di Legoland. 😭

1. Lambat sampai di Legoland. 
Walaupun saya dah rancang, tetap lambat sebab nak sarapan di Medina dan urusan hotel Legoland. Oleh itu, saya cadangkan korang semua mesti sampai seawal jam 9 pagi untuk urusan tiket dan sebagainya. 😁 Kalau lambat, lagi sikit masa kita meneroka Legoland. Rugi tu! Waktu operasi Legoland bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

2. Kurang bawa air dan kudapan untuk anak-anak. 
Berjalan kaki dan bermain sekitar taman tema ni amat memenatkan dan lapar. Air mineral perlu ada dan biskut kudapan untuk anak-anak wajib supaya tak merengek. Walaubagaimanapun, banyak saja kedai dalam Legoland ni menjual air dan keropok walaupun harganya agak mahal. Yang penting, pasti halal sebab kita di Malaysia. Tak perlu risau.

3. Lupa bawa stroller😁
Saya lupa bawa stroller ni untuk anak 2 tahun saya. Walaupun begitu, ipar saya bawa untuk anak kecilnya. Untungnya ada stroller ni, walaupun anak tak duduk dalam tu, kita letak beg dan sebagainya dalam stroller ni. Jangan risau, Legoland juga ada khidmat sewa stroller/buggy di pintu masuk mereka. agak mahal..kohkohkohhhh. (bawak jelah sendiri, jimat)
(tindan beg dalam stroller, kita masuk merehatkan diri dan main LEGO dalam kawasan IMAGINATION)

4. Menyesal tak naik permainan ITU! 😭 
Ada permainan yang saya tak naik kerana takut! Selepas tengok ipar dan adik saya naik elok je rileks, menyesal pulak tak naik sama. 😜 Oh, memang menyesal tak cuba! 😩

5. Banyak permainan yang Mesra kanak-kanak dan keluarga.
Permainan sini sangat sesuai untuk anak-anak dan ibu bapa. Kebanyakkan permainan perlukan penglibatan ibu-bapa. Masa nilah makpak ni nak naik sekali permainan tu kan? Anak-anak pon kurang takut, begitu juga mak dia ni ha! 
Ada permainan nampaknya yang dewasa ni yang teruja lebih.😜

5. Menyesal sebab tak upgrade tiket 2 day pass kami ke annual pass. 😭 Berjimat sekiranya kita upgrade terus tiket yang kita dah beli ke annual pass sebab dia akan tolak harga tiket kita dengan harga Annual Pass Legoland. Masa tu, saya berfikir tak mau upgrade, bila balik rumah dan terasa nak pergi lagi, rasa rugi pulak tak upgrade. Berhuhuhuhuu lah kami.😭

6. Akhir sekali, saya paling MENYESAL bawa anak-anak ke sini sebab bila dah balik rumah, setiap hari mereka belek peta kawasan Legoland dan pujuk kami bawa mereka semua. Hari-hari! sampai setiap perkara pon minta nak pegi Legoland. 😭 Nampaknya memang kena menabung semula untuk pergi Legoland sekali lagi! Pengalaman yang makbapak pon sukar untuk lupakan.
Ada lagi tak? meh tambah di ruangan komen. 😁



Apa pandangan korang? 
Rasa nak pergi tak Legoland Malaysia? Jangan sampai terasa kat hati menyesal, terkilan dan kecewa, sebab mengulangi kesilapan saya. 😁 Rancang perjalanan sebaiknya, bawa semua perkara yang perlu dan rasailah pengalaman menginap di Hotel Legoland. 😁 Nak tahu bagaimana saya dapat duduk Hotel Legoland dengan harga murah? Saya kan kongsikan triknya dalam entry akan datang. Dah bersedia nak jalan-jalan di Legoland dengan anak-anak? JOM..







Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog