Adakah Anda Mengidap Slipped Disc? Sakit Belakang Atau Slipped Disc?

Selalu mengalami sakit belakang? Mungkin ada kenalan anda mengatakan anda menghidap ‘slipped disc’ atau disk tergelincir. Ramai yang berpendapat, apabila sakit belakang sahaja, ia adalah berpunca daripada slipped disc. Betul ke? 

Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku. Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Tapi, adakah ia sakit slip disk?




Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. 

Sungguh pun begitu, hanya sebahagian sahaja yang mengalami masalah slipped disc. Ha, bukan semua sakit belakang tu slip disk tau.

Apa itu Slipped Disc.


Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, ia digelar sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.


Punca-punca Slipped disc


Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:
  1. Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
  2. Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
  4. Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
  5. Sukan mengangkat berat
Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan. Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

Lihat dan tonton sampai habis video ibu ini,





Jadi, hanya dengan pemeriksaan doktor lebih lanjut kita boleh mengetahui dengan lebih tepat sama ada kita mengidap slipped disc atau hanya sakit belakang biasa. Jika sakit anda berpanjangan dan ada seperti rasa elektrik mengalir disebelah kaki anda, jumpa doktor ya. Jangan lewatkan untuk dapatkan pemeriksaan. 

Sakit Slipped Disc hanya akan terbukti selepas pemeriksaan MRI oleh doktor untuk melihat keputusan tulang bekalang anda. Jangan lewat jumpa dokotr ya jika dah terlalu kerap mengalami masalah sakit belakang.



Saya menggunakan kombinasi vitamin saraf dan untuk keradangan iaitu B Complex, Omega Guard, Ostematrix, Collagen Powder dan Vivix sebagai supplemen harian saya bagi membantu membaik pulih masalah slipped disc saya. Baca lebih lanjut tentang supplemen untuk slipped Disc di sini. Boleh juga hubungi saya terus untuk dapatkan konsultasi,








Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog