Apa Yang Specialnya Dalam Bilik Hotel Legoland

Sekali sekala, teringin juga kita nak menginap dalam bilik hotel bertema kan? Legoland Hotel adalah satu-satunya hotel bertema yang ada kat Malaysia. Setiap kali pergi Legoland, akak akan menginap hotel ni. Apa yang best sangat ye? 

Ada beberapa jenis tema bilik kat hotel ni. 
1. Kingdom
2. Pirate
3. Adventure

Bilik yang akak pilih kali ini ialah Jenis Kingdom Themed. Setiap bilik ada satu superking bed, ada pintu terpisah, ada double bunk bed untuk anak-anak. Ada satu lagi katil tarik utk bed anak ke 3. Satu bilik muat untuk 2 adult 3 kids. (Lebih sikit boleh kot). Bilik ni jenis yang termurah, Themed Room namanya.



 Dalam bilik ibu bapa, ada pintu boleh tutup pisah dengan bilik anak-anak.
Ini bunk bed anak-anak. Bawah tu ada satu katl tarik. So ada 3 katil sebenarnya. Siap ada tv diorang boleh tonton sendiri.


Hadiah Misteri!


Sekali dalam bilik ni, ada peti harta karun. Tu yang bawah katak tu, ada peti harta karun. Ada soalan yang perlu diselesaikan dan baru boleh buka peti tu. Best tau dalam dia ada hadiah mainan lego. Yeay! Bath robe ada 2 yang kecil, 2 untuk ibu bapa.

Bilik air ada satu sahaja. Cantik dan kemas. Bilik biasa tiada bath tub. Kalau bilik suite ada bath tub tau.

 kemas, kan?

 Free toiletries, alahai comel bebenor, takut akak nak guna. Heehehhe


 Setiap bilik ada disediakan coffea and tea counter, ada free biskut lagi tu.

 Arah kiblat ada kat atas bilik tu.


Yang bestnya, ada satu kotak blok Lego yang anak-anak boleh terabur main dalam bilik. Hahaha, jenuh nak kemas semula nanti. Tu yang best ni, rasa takmau keluar bilik je.

Nak tahu apa lagi yang best jika menginap di Legoland Hotel ni? Tunggu next entry ya.. Boleh klik link jika nak tahu cara nak dapat harga murah untuk bilik Legoland.

Stay tuned. Jangan lupa klik google+ dan share ya! Semua gambar ialah hasil bidikan suami +Naim Solleh. Cantik kan?




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog