Cara Murah Ke Legoland Theme Park dan Menginap di Hotel Legoland

Musim cuti sekolah ni, ibu bapa pening kepala juga dengan permintaan anak-anak nak berjalan dan bercuti ke sana sini. Sebagai ibu yang tak tahan dengar bebelan anak, akak pon mulakan mencari cara bagaimana nak bercuti secara lebih murah. Iklan Legoland bila musim cuti ni mengganas kat tv kan, maka akak pun mencari info tentang Legoland Malaysia.


Pilihan anak-anak saya ialah ke Legoland Malaysia. (nasib baik mintak Legoland Malaysia, Kalau mintak Legoland Orlando? kenalah berusaha dapat tiket FREE dengan Shaklee..heeh)

Maka bermulalah kajian saya nak dapatkan tiket termurah ke Legoland. Setelah saya buka website Legoland ni di http://www.legoland.com.my/ms-MY/, ada pelbagai jenis promosi dan diskaun.


Legoland Hotel


Antara yang best pergi legoland, ialah stay kat hotel dia. Bagi kami, hotel dia lain daripada hotel biasa. Memang la nak tidur dan mandi je, tapi rasa 'lain macam best' bagi peminat hotel bertema ni. Trip kali ni kami tidur 2 malam, sebab trip lepas tidur semalam rasa tak terkejar pula. Trip kali ini lebih santai dan enjoy. Sampai budak-budak tak kalut sangat nak masuk park😂


Ohya, ada beberapa jenis tema bilik kat hotel ni. 
1. Kingdom
2. Pirate
3. Adventure

Trip pertama duduk bilik pirate, Klik sini untuk trip lepas, maka kali ini biras saya bookkan bilik kingdom pula. Merasa tema lain pula.😊





Setiap bilik ada satu superking bed, ada pintu terpisah untuk double bunk bed untuk anak-anak. Ada satu lagi katil tarik utk bed anak ke 3. Satu bilik muat untuk 2 adult 3 kids. (Lebih sikit boleh kot). Bilik ni jenis yang termurah, Themed Room namanya. Boleh klik sini untuk melihat gambar dalam bilik Kingdom Legoland.



Harga tiket

Bergantung nak masuk park mana. Ada theme park(yang main-main tu) dan wet park (tempat mandi) . Ada combo ticket, maksud boleh masuk dua-dua tempat. Annual pass premium dan annual pass standard. Bergantung nak pilih yang mana. Tapi, untuk tiket biasa ada diskaun pemegang mykad. Murah 20% 😊.
Klik sini untuk tahu harga tiket lebih lanjut. Harga tiket Legoland.

Pendapat akak, berbaloi beli combo tiket, 2 hari theme dan water park. Pagi pergi mandi-mandi, lepas lunch boleh masuk theme park. Nak berbaloi, tutup mata beli je annual pass. 
Annual pass pada ketika akak menulis ini, ada promosi dia. Boleh klik sini, 
PROMOSI ANUUAL PASS LEGOLAND. 50% less for second annual passes, dasyat gak tu.

Annual pass ni sebenarnya akak beli sebelum pergi, print dari rumah dan tukar di kaunter masa hari datang. Valid 12 bulan dari tarikh kita aktifkan kad, bukan tarikh kita beli. Yahuuu. Semestinya beli masa promosi. Heeee.

Kami sampai jam 9, sebab kami checkin hotel legoland, kami dapat parking bawah hotel terus. Parking free buat penginap hotel. Letak beg dan boleh terus masuk themepark. Checkin bilik jam 4 petang. Kita main-main dalam theme park dulu lah ye.

Tips Murah Book Hotel Legoland

1. Book seawal mungkin. Bisanya lebih 3 bulan atau lebih 6 bulan. Untuk pemegang annual pass layak mendapat 20% less daripada harga tertera. Begitu juga dengan corporate rate, tapi anda kena email pihak legoland untuk mengesahkan bagi mendapatkan corporate rate ni. Saya pernah book deluxe room dengan menggunakan corporate rate ini. Yeay.

2. Banding harga bilik murah. Paling murah dalam rm650 satu bilik bertema ni. Bisanya ada pada bukan hujung minggu atau bukan cuti umum. Apapun, nasihat saya, memang kena book seawal mungkin, saya dapat juga bilik pada waktu cuti sekolah!

3. Book sajalah, pengalaman dan perasaan anak-anak yang lebih tinggi nilainya. Kalau bahagi dengan 5 orang pun satu bilik dalam kos rm130 seorang. Oklah tu kan? Jom buat bisnes Shaklee dan dapat bonus banyak agar boleh reward anak-anak dengan trip Legoland. Yeay!

Selamat bercuti di Legoland Malaysia. Klik sini untuk baca kembali pengalaman trip pertama akak dan family ke Legoland Malaysia. Akak akan sambung dengan gamabr-gambar dalam bilik hotel pula ya?nantikan...



Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog