Punca Sakit Belakang Yang Mengganggu Kehidupan Harian.

Sakit belakang paling  kerap berlaku zaman sekarang. Pelbagai faktor menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang. Sakit belakang keterlaluan boleh mengganggu kehidupan harian kerana tidak berupaya melakukan aktiviti secara normal.


Orang yang selalu mendapat sakit belakang biasanya mereka yang jarang bersenam, kerjanya hanya duduk dan tidak banyak bergerak, mengamalkan duduk yang tidak tegak, berdiri yang tidak betul dan tidak begitu mengambil berat mengenai penjagaan tulang belakang. 

Apa lagi ya?

Punca Utama Sakit Belakang


-TIDUR DIATAS TILAM YANG TIDAK SESUAI-

Tidak salah berbelanja lebih untuk mendapatkan tilam yang berkualiti tinggi. Tilam yang baik adalah yang bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Selepas 10 tahun, tukarlah tilam yang baru kerana kondisinya tidak lagi baik seperti di awal pembelian. 

Kebarangkalian untuk tilam melendut adalah tinggi dan mengakibatkan tulang belakang tidak berada dalam keadaan lurus sepanjang malam. Pilih tilam yang tidak terlalu lembut mahupun terlalu keras.



-MENGGENDONG BEG BERAT-

Terutamanya kepada wanita dengan beg tangan yang sering dibawa itu penuh dengan segala jenis item seperti alat solek, minyak wangi, telefon bimbit dan pelbagai lagi barang keperluan. 

Membawa beban pada sebelah bahu sahaja menyebabkan ketidakseimbangan kepada tulang belakang. Beban yang dibawa sepatutnya hanya 10 peratus daripada berat badan anda. Jaga belakang anda masa menggendong beg berat ya!

-KASUT TINGGI ATAU KASUT SARUNG- 

Kekerapan memakai kasut tumit tinggi terutamanya jenis stiletto boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik. Ia membuat anda menolak posisi badan ke belakang secara paksa. Kasut sarung (flat shoes) juga bisa beri kesan yang sama jika anda tidak memilih kasut yang betul. 

Lapik dalam kasut yang nipis menyebabkan tekanan kepada tumit yang menampung keseluruhan berat badan anda. Ia sekaligus memberi kesan kepada tulang belakang kerana kedua-duanya saling berkait. Oleh itu, pilih jenis kasut yang sesuai.


-DUDUK SEPANJANG HARI- 

Berita buruk kepada mereka yang bekerja di hadapan komputer sepanjang hari! Kesibukan kerja kadang menyebabkan anda leka dan duduk berterusan berjam lamanya. Postur yang tidak betul menyebabkan bahagian belakang badan menjadi lemah. 

Sekali sekala regangkan otot dengan berdiri dan berjalan seketika di pejabat bagi menyeimbangkan semula struktur tulang belakang. Mengikut nasihat doktor, rehat setiap setengah jam dan regangkan badan anda.


-KURANG BERSENAM- 

Jangan bersenam hanya untuk kurus! Ia sebenarnya membantu otot menjadi kuat dan membantu mengaktifkan bahagian spina agar tidak menjadi lembut dan lemah. 

Pilih jenis senaman yang berkait dengan abdomen dan bahagian belakang badan seperti sit up dan hip bridge. Pelbagai pilihan senaman untuk tulang belakang, boleh pilih ya.


-KURANG NUTRISI-

Apabila makan terlalu banyak hidangan yang tinggi kalori dan bernutrisi rendah, ia menyebabkan penambahan berat badan. Berat badan berlebihan pada bahagian tengah badan menyebabkan pelvis anda ditolak ke hadapan sekaligus mengakibatkan tekanan kepada bahagian belakang badan. 

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko mendapat penyakit osteoartritis. Mereka juga kurang kalsium dan magnesium dalam diet harian, maka terpaksa menggunakan simpanan kalsium dalam tulang mereka. Dapatkan kalsium ostematrix yang terbaik di sini dan vivix segera.



-PENYAKIT LAIN-

Kebanyakkan pesakit mengadu sakit belakang kerana masalah seperti tekanan, masalah salur kencing pada buah pinggang, sakit pada rahim , sakit pada ovari dan kebanyakkannya sakit pada anggota dalam perut. 

Kejadian ini dikelaskan sebagai sakit belakang akibat daripada penyakit lain. Oleh itu, keadaan ini juga perlu diambil perhatian, kerana anda juga mungkin mengidap penyakit lain juga, bukan masalah tulang belakang! 


Secara keseluruhan, orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat biasanya akan mengidap penyakit ini. Jom ubah gaya hidup kita. Jom Fit dengan Shaklee!






Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog