Resdung Dan Sinusitis Ini Sama Atau Berbeza?

Biasa kalau kita bersin pagi-pagi dan sering selsema mesti dikatakan mengidap resdung kan? Pernah tak pergi cek dengan doktor? Tahu tak yang Resdung dan Sinusitis itu berbeza? Apakah yang membezakan resdung dan sinusitis ini? Jom kita baca lebih lanjut lagi.

Ubat Resdung, set resdung, set resdung shaklee, ubat alergi, allergy, sakit alergik, exzema, cara rawat resdung, sakit sinus, cara rawat sinus, beza sinus dengan resdung, cara baikkan resdung, herba resdung, jamu resdung, lilin resdung, penawar resdung

Kenali Resdung

Resdung ini pada Bahasa Melayu yang kita selalu sebut ialah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Biasanya jika ada bersin dan gatal hidung dalam jangka masa yang lama dan sukar sembuh, kita akan beranggapan ia adalah resdung.

Menurut Doktor Ahmad Nordin dalam artikelnya berkata, ianya tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut. Maka, jika kita menyamakan penyakit Resdung dengan Sinusitis adalah tidak benar.

Menurutnya lagi, Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. 

Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka. Ha, faham kan?


Adakah anda mengidap Resdung Atau Sinusitis?


Baca dan perhatikan perbezaan antara kedua istilah ini. Ia adalah istilah perubatan yang lebih tepat tentang kedua masalah sama tapi tidak serupa ini.

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.


2. Sinusitis

Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. 

Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi  hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.

Di kebanyakan klinik ENT, kes ‘allergic rhinitis’ adalah jauh lebih kerap dari sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah ‘allergic rhinitis’, terutamanya di kawasan bandar. 

Dapat saya simpulkan disini, kes biasa perihal resdung ialah Allergic Rhinnitis itu. Masalah utama resdung ialah alah terhadap faktor persekiran yang memberi keradangan pada dalam hidung. Ia boleh menjadi serius sekiranya tidak mendapat rawatan pakar dengan cepat dan melarat sehingga menjadi penyakit sinusitis pula. Ia melibatkan organ hidung (kawasan sinus) yang lebih sensitif dan biasanya memerlukan pembedahan.

Kurangkan Alahan/Resdung Dengan Set Premium Allergy/Resdung


Salah satu cara terbaik ialah kita perlu tingkatkan kawalan imuniti badan kita. Badan kita bertindak terlalu aktif pada bendasing luar sehingga memberi mudarat pada diri. Kawal radang dengan #vivix dan #omegaguard secara konsisten. Simptom keradangan dapat dikawal dengan berjayanya.

Jom cuba set allergy ini, dapatkan dengan saya di 0192710642

Ubat Resdung, set resdung, set resdung shaklee, ubat alergi, allergy, sakit alergik, exzema, cara rawat resdung, sakit sinus, cara rawat sinus, beza sinus dengan resdung, cara baikkan resdung, herba resdung, jamu resdung, lilin resdung, penawar resdung





Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760]
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan 
Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog