Sakit Slipped Disc Tu Rasa Camna?

Ramai orang yang beranggapan sakit belakang itu adalah akibat slipped disc. Ada beberapa ciri yang membezakan sakit slipped disc tu tau. Rasa mencucuk yang sukar nak gambarkan, tapi saya cuba kongsi perasaan sakit tu dengan anda. Nak tahu sakit slip disk tu rasa camna?

Ubat Slip Disk, Cara atasi Slipped Disc, rawatan Slipped Disc, Slipped Disc, Slip Disk, Sakit Belakang, Sakit belakang Teruk, back pain, Kronik Back Pain

Sakit belakang yang menjalar

Individu yang mengalami slipped disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. Dalam kes yang teruk, mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. 

Ia dinamakan sciatica.

Perasaan sakit sciatica akibat PID ini ialah sakit yang menjalar, seakan elektrik sedang mengalir pada kaki. Ada yang berlaku berterusan, ada yang sekali sekala, ada yang secara tiba-tiba menyerang bagai electric shock yang boleh membuatkan anda menjerit!

Ia menjadi lebih sakit apabila melakukan aktiviti secara mengejut. Misalnya tiba-tiba bangun, tunduk secara mengejut, bangun mendadak dan juga apabila sudah letih berjalan. Apabila anda lama duduk atas kerusi juga akan menjadi sakit secara tiba-tiba. Apatah lagi jika duduk di lantai, bersila makan kenduri. Aduh, seakan krem dan kebas-kebas mencucuk yang sangat derita.

Pernah jadi pada anda? Boleh baca lebih lanjut kat sini untuk mengetahui adakah anda ini ada slipped disc atau tidak.

Peringkat Slipped Disc (PID)

Prolapsed disc PID boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:
  1. Disc protrusion – Disk menonjol keluar tapi belum terkoyak
  2. Disc extrusion – Annulus Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
  3. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang
Untuk mengenalpasti tahap sakit anda, anda perlu berjumpa dengan pakar ortopedik. Dapatkan temujanji dengan doktor klinik pakar. Pastikan anda mendapat kepastian dengan mengambil ujian MRI tulang belakang anda.

Simptom Slipped Disc

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.

Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.

Oleh itu, jika anda ada mengalami beberapa sakit seperti yang saya kongsikan, cepat-cepat dapatkan kesahihan sama ada anda mengalami sakit belakang biasa ataupun anda salah seorang pengidap sakit slipped disc. Jangan risau, semua ada penawarnya. Saya sendiri telah baik pulih daripada sakit sciatica ini dan mampu meneruskan kehidupan tanpa sakit.

Supplemen Untuk Sakit Belakang dan Slipped Disk.

Ada beberapa jenis supplemen yang kita mesti ambil apabial menghadapi sakit slip disk ini. Ia perlu untuk memberikan sensori rasa kepada saraf yang rosak.

Antara vitamin yang perlu ialah

1. Vivix - ia membetulkan sel dan memberi tenaga kepada sel untuk baik pulih sel yang cepat.

2. Collagen Powder - Sangat perlu untuk memberi sumber kolagen yang cukup pada rawan yang rosak. 

3. Omega Guard - Biasanya rasa sakit adalah akibat radang pada rawan yang membengkak. Ia memberitekanan kepada saraf, oleh itu Omega Guard amatlah perlu.

4. Vitamin B Complex. - Vitamin B dan keluarganya amat penting dalam masalah saraf. Ia memberi kelegaan kepada saraf yag rosak dan terhimpit. 

5. Ostematrix - Sumber Kalsium Magnesium amat penting untuk memberi kelegaan kepada kesakitan tulang terhimpit dan juga membantu tidurlebih lena. Percayalah, saya sudah melalui fasa sakit yang teruk sehingga sukar tidur. Dengan pengambilan ostematrix, ia membuatkan kita lebih mudah tidur.
Ubat Slip Disk, Cara atasi Slipped Disc, rawatan Slipped Disc, Slipped Disc, Slip Disk, Sakit Belakang, Sakit belakang Teruk, back pain, Kronik Back Pain
Lihat testimoni sakit Slipped Disc.

Apapun, kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Sebagai bekas pesakit ini, saya amat mengetahui rasa kesakitan itu. Kita usaha dan cuba mana yang sesuai dan selamat. Saya dah, anda bila lagi?

Hubungi saya


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760]
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan 
Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog