Hotel Legoland, Apa Yang Best Sangat Sampai Nak Datang Lagi?

Pengalaman menginap di Hotel bertema ini, lain sangat rasa dia. Lagi pulak, kalau yang memang sukakan permainan Lego dan benda yang kiut-kiut macam keluarga akak ni. Kalau sebut pasal Legoland, memang anak-anak lah paling happy. Diorang pasti akan cakap, "Tidur Hotel dia ke ma?"

Legoland, menginap hotel legoland, cara book hotel legoland, hotel legoland, masuk legoland, main dilegoland, Legoland Malaysia, Legoland Johor


Maka, akak terpaksalah bermula lagi mencari secara online untuk booking bilik hotel ni. Memang kalau pergi sekali, tak cukup! apa yang best sangat sampai kitorang asyik nak duduk sini je?

Akak share sedikit, apa yang membuatkan akak tak ralat nak book hotel ni. Alang-alang datang Legoland, memang harus book hotel sekali.

5 Sebab Mesti Duduk Hotel Legoland


1. Hotel bertema yang sangat cantik, kemudahan first class, pekerja yang baik belaka dan ramah mesra. Seawal jam 10 akak sampai, terus masuk parking bawah hotel.

 (kaunter Check in)

2. Tetamu hotel diberi keistimewaan untuk dapatkan Free Parking di dalam kawasan hotel. Walaupun kita belum Checkin, kita tunjukkan saja bukti booking, kita park kereta di hotel, dan letak luggage siap-siap di pusat simpanan beg. 


3. Kawasan permaian dalam hotel di lobi yang luas. Seronok sangat tengok anak-anak happy main lego-lego kat situ. Lagipun hiasan dalaman yangkemas, menarik dan cantik. Sampai tak puas-puas nak bergambar. Tengok gambar kitorang ni, posing je.


 Sementara kita uruskan pendaftaran masuk, anak-anak bebas main kat sini.
 Posing banyak-banyak ye..
Hahaha, yang tua ni pun tersengih banyak bila tengok deko yang cantik dan menarik, kan..

4. Bilik bertema yang sangat mengujakan. Ini kali ke dua kami menginap hotel ni, dan kami pilih bilik bertama Kingdom. Baca sini untuk tahu lebih lanjut pasal jenis bilik di hotel ni. Pengalaman Menginap di Hotel Legoland


 Ada hadiah surprise tau. Nampak tak ada box bawah katak tu? Kita kena selesaikan riddles dalam bilik, dan dapat buka mystery box tu dan ada hadiah dalam tu. Best kan?
Ni hadiah lego yang kami dapat. Best kan?



 (complimentary snacks, yeay. Biskut tu sedap sangat!)
 Ada bath robe, ada juga peti simpanan barangan berharga.

Kiut sangat toiletries ni tau, rasa sayang sangat nak guna. Hahahha. Cam biasa, separuh akak angkut bawa balik. Heeee


Sekotak mainan lego dalam bilik tau. Layanlah anak-anak main.

Baca sini nak tahu lebih lanjut tetang apa yang bestnya bilik hotel legoland ni.


5. Ini yang paling best sekali, FREE Buffet Breakfast! Best sangat breakfast kat sini tau, banyak sangat pilihan makanan sampai tak tahu nak ambil apa. Sedap pulak semuanya. Western ada, makanan kampung pun ada, buah-buahan dan macam-macam lah. Jom layan gambar.






 
 Budak-budak dah kenyang, diorang main kat luar ni sekejap, mak bapak makan-makan lagi.



 6. Alahai, ada satu lagi yang best. Ada swimming pool kat tingkat atas hotel ni. Ada bricks comel untuk budak-budak main situ. Seronok dan happy sangat. Kolam buka juga waktu malam ( tak silap sampai jam 9). Cantik sebab ada lampu. Best tau, enjoy sangat budak-budak ni.






Nak menginap di Hotel Legoland? 

Baca ni, 

http://www.vitamincikgu.com/2016/03/Percutian-Legoland-Malaysia-Dengan-Anak-Anak-Menyesal-Best.html

http://www.vitamincikgu.com/2017/03/cara-murah-ke-legoland-theme-park-dan-hotel-Legoland.html

http://www.vitamincikgu.com/2017/03/apa-yang-specialnya-dalam-bilik-hotel-Legoland.html



www.wasap.my/60192710642
 www.wasap.my/60192710642
 www.wasap.my/60192710642
 www.wasap.my/60192710642
 www.wasap.my/60192710642 
 Nak sembang-sembang? konsultasi? 

 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog