15 Cara Menghilangkan Sakit Senggugut Berkesan

Senggugut atau sakit perut masa datang haid/ period pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang. Biasanya senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan. Susah nak gambar sakit camna, bagai perut memulas dan dihiris! Semua kerja pun tak jadi bila senggugut ni.


Jadi di sini cikgu nak kongsikan 15 tips / cara / petua untuk menghilangkan penyakit senggugut. Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana. Mungkin boleh cuba, tapi kalau cikgu, ada pilihan lain dan selamat untuk hilangkan senggugut dengan mudah.

Petua Hilangkan Senggugut.


1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid. 
(susah juga nak carik pinang sekarang ni kan? Agak-agak rasanya pahit tak?)

2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Bawang ada bersifat antiinflammary juga (antiradang) mungkin berkesan. Tapi hati-hati takut terbakar panas kulit perut tu nanti.

3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Halia membantu hilangkan angin dan kembung perut. Biasnaya masa period perempuan akan rasa kembung atau bloating. Mungkin ia membantu.

4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Taktau mana nak carik rumput ni. Kawan rumah pon ada lalang je. hehehheh

5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Biasanya ini adalah petua nak buang angin juga. Boleh cuba!

6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. 
Bagus untuk detoks ni dan lancarkan pembungan air besar. 

7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Mesti sedap bau serai wangi dan daun sireh. Daun sireh ada kesan antiseptik. Bagus juga tu.

8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Macam petua air kunyit ni. Kunyit ada antipueretik dan antiseptik. Bagus tu juga untuk keradangan

11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan. (tak pernah makan, pahit kot!)

12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
(tak pernah jumpa gambir..huhuu)

13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari. 
Mungkin berkesan dan jadi cirit birit kepedasan nanti..hahahha

14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
Air kelapa bagus untuk detoks dan buang cacing. Mungkin juga bagus semasa haid.


Cara hilangkan senggugut cara saya ialah dengan amalkan supplemen berikut;


1. Ostematrix - Ada kalsium dan magnesium yang membantu peredaran darah dengan baik. Ia menghalang kekejangan otot semasa haid. Period akan lancar dan tidak sakit lagi.



Nak cuba? Hubungi saya di 
atau dapatkan di SET SENGGUGUT SHAKLEE




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog