Cara Buat Permit Memandu Antarabangsa (IDP) Lesen Memandu Di Luar Negara

Best kan kalau boleh memandu di luar negara? Lebih bebas untuk beraktiviti dan kita boleh pergi tempat yang sukar laluan melalui pengangkutan awam. Mulanya kami agak skeptikal tentang memandu di luar negara. Rasa macam susah dan pelik je. Kali ini kami tekad nak memandu di Sapporo kerana ada beberapa tempat cantik yang susah nak pergi dengan pengangkutan awam.


Gambar ni masa di Hokkaido University. Tempat paling cantik bergambar masa Autum dek kerana deretan pokok yang sedang menguning. Heee

Maka, kami pun memohon untuk dapatkan permit memandu antarabangsa ni. Mula-mula ingat kena ada ujian ke apa, ruapanya tak lah. Kita hanya perlu sisi borang je! Jangan lupa pulak bayar, hehehe. Kalau tak bayar mestilah bayar tau...

Cara Memohon permit memandu antarabangsa, cara-caranya:





1. Pergi JPJ terdekat bahagian perlesenan
2. Bawa sekeping gambar, fotokopi ic dan lesen (pastikan lesen hidup/validity lebih setahun)
3. Isi borang mudah
4. Ambil nombor
5. Bayar rm150 untuk lesen ini
6. Selesai pergantung berapa ramai orang dalam barisan. Sekejap je urusan ni tau.



Apa itu International Driving Permit (IDP) / Permit Memandu Antarabangsa.

Untuk memandu di Jepun, rakyat malaysia memerlukan Surat Kebenaran Membawa Kereta Antarabangsa ataupun dikenali sebagai International Driving Permit (IDP) yang ditandatangani di Geneva pada tahun 1949 yang dikenali sebagai 1949 Geneva Convention. Malaysia adalah antara negara yang menandatangani konvensyen ini.
Untuk IDP yang ditandatangani di konvesyen lain seperti berikut adalah tidak dibenarkan untuk digunakan untuk pemanduan di Jepun.
*1926 Paris Concention
*1943 Washington Convention
*1968 Viena Convention

Bagi pembawa lesen memandu kelas D Malaysia (kereta), ianya adalah di dalam kategori B di IDP. Dengan kelayakan kategori B ini, hanya boleh memandu kenderaan yang boleh memuatkan 8 orang maksima sahaja (peraturan ini untuk di Jepun. Negara lain mungkin berbeza). Dengan kata lain kenderaan terbesar yang boleh dipandu oleh pemegang permit kategori B ini adalah seperti Estima, Vellfire, Alphard dan seumpamanya.
Untuk memandu kenderaan yang boleh memuatkan 10 orang (Hiace) dan keatas (bas dll.) , hanya pemegang kategori D IDP sahaja yang dibenarkan. Untuk melayakkan rakyat Malaysia mendapat kebenaran kategori D ini, lesen memandu kelas E adalah diperlukan.
Untuk menunggang motosikal, perlulah mendapat kebenaran dalam kategori A di IDP iaitu kelayakan yang diberikan untuk pemegang lesen memandu Malaysia kelas B. (info daripada grup Road to Japan)

 

Permit memandu ini macam buku kecil, ada terjemahan bahasa bagi setiap muka surat. Pastikan permit memandu ini belum tamat tempoh tau!


Dah dapat permit? Jom roadtrip lah! Nak menyewa di #airbnb. Klik sini untuk mendaftar dan dapatkan kredit percuma bagi setiap pendaftaran baru. JImat kos penginapan kita dengan airbnb. www.airbnb.com/c/ahani6


www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 

 Nak sembang-sembang? konsultasi? 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog