Cara Nak Tentukan Sakit Slipped Disc

Jika sakit belakang kronik berterusan, tidak baik-baik malahan merasa cucuk yang berterusan, lebih baik pergi berjumpa dengan pakar. Anda mungkin mengidap slip disk atau mungkin juga bukan. 

Untuk menentukan pesakit sama ada benar ada slip disk atau cakera tergelincir ini ialah dengan melakukan MRI. Ia adalah cara paling tepat untuk tentukan sama ada anda mengidap slipped disc atau tidak! Boleh baca lebih lanjut disini untuk tahu adakah anda ada simptom sakit slip disk ini.


Ini adalah gambar saya bersama pakar Ortho saya di PMC, Dr Suresh. Saya dapatkan MRI untuk sahkan sakit saya dan dengar nasihat daripada doktor.

Perlukah MRI dilakukan?

Perlu! Imbasan Xray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit. MRI atau Magnetic Resonance Imaging akan dilakukan bagi memastikan diagnosis, sekiranya perlu. MRI juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah otot, kebas atau tidak dapat mengawal kencing dan air besar.

Rawatan

Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat. 

Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan disk beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.

Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. 

Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.
Namun sekiranya slip disc ini agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala lemah. 


Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.


Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier) di bilik bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.

Saya pilih untuk memberi kelegaan dengan set slipped disk shaklee yang memberikan kelegaan sakit dan mengurangkan radang. Ada Ostematrix untuk bantu kekalkan kalsium dan magnesium dalam badan.

sakit slip disk, cara ubat slip disk, slipped disc, sakit belakang, rawatan slip disk, MRI, slip disk murah


Kemungkinan lain Punca Sakit Belakang

Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:
  1. Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
  2. Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
  4. Kanser tulang
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
  6. Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
  7. Tulang rapuh (Osteoporosis) kurangakn risiko dengan #ostematrix
  8. Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone) #vivix
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. 

Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Oleh itu, jumpalah doktor anda. Bukan hanya teka-teka sahaja dan jalanilah ujian MRI untuk sahkan sakit Slip disk anda.


Klik sini untuk terus buat belian set Slipped Disk anda. Semoga cepat sembuh!


http://tanyaHani.wasap.my
http://tanyaHani.wasap.my



Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog