Jalan-Jalan Otaru Waktu Malam Musim Luruh

Musim luruh ni, suasana agak cepat bertukar gelap. Kira-kira jam 5 dah mula gelap, kena cepat-cepat balik hotel untuk persiapan diri. Sebelum balik, dah pergi ambil tiket untuk ke Otaru. Saja ambil siap-siap.
Baca post sebelum ini di sini Sapporo

Selesai makan masak sendiri (Brahim je) dalam hotel, solat dan tukar pakaian, kami keluar ke stesen keretapi. Tak susah beritahu je kaunter nak tiket ke Otaru, reserved seat (saya pakai Hokkaido Rail Pass).


Perjalanan dari Sapporo ke Otaru dalam sejam menaiki train. Kiranya kalau buat setengah hari trip memang boleh sangat lah. Kami memang nak hayati Otaru waktu malam, maka kami pon decide pergi petang. Sepanjang perjalanan nanti boleh tengok laut sebelah kanan, syok tau.



Agak jauh juga nak smapai Otaru canal ni, kenalah menapak lebih 20 minit. Kami sambil-sambil tangkap gambar dan berhenti tengok-tengok kedai. Kami berpandukan google map sahaja. Pastikan dah kenyang dan tenaga masih kuat. Waktu malam suhu pun jatuh, bila ada angin menyapa tu, gigil jugak lah. Heee


Akhirnya sampai juga kat canal ni. Terusan Otaru ni kita akan nampak, tandanya ramai orang. Heee. Ada stesen bergambar iaitu atas jambatan ni. Kena beratur gak nak ambil gambar sebab ramai orang.


Gambar ini daripada bawah dan tepi terusan tu. Kita boleh jalan sepanjang terusan ni.


Cantik tak? Inilah Otaru Canal tu. Musim winter ada festival kat sini, pastinya lebih cantik.


Masa ni terjumpa budak-budak Malaysia yang melancong jugak. Sempatlah bertegur sapa dan bergambar. Diorang memang rajain datang Hokkaido ni.


Ini adalah manhole cover di Otaru. Memang cantik kan? Uniknya kat Jepun ni, cover manhole dia cantik dan boleh buat odal nak ambil gambar. Setiap tempat cover dia corak berbeza.


Takde apa sangat pon kat Otaru ni, saja nak ambil gambar dan tengok sekeliling. Ini adalah jalan keretapi tinggal. Apa yang ditulis, tak faham. Hee, bergambar je lah.


Balik dah. Penat lapar dan sejuk. Mujur memang bawa air milo panas dan bekalan makanan. Boleh makan dalam train. Sambung jalan kawasan Sapporo pulak esok. Good night...



Baca sini entry sebelum ini Sapporo





www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
 Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog