Sewa Kereta Dan Memandu Untuk Ke Blue Pond, Biei di Hokkaido.

Memang impian utama ialah hendak ke Tasik Biru (Blue Pond) yang menjadi wallpaper iMac ni. Tanpa berlengah lagi, perancangan memandu di Hokkaido kami buat untuk menjejak tempat cantik ni. Dalam hati terfikir gak, senang ke nak memandu di bumi Jepun ni?

Sampainya kami di Asahikawa, kami check in hotel dan tinggalkan beg. Kami terus turun dan pergi ke tempat sewa kereta berdekatan. Bawah hotel ada Nippon rent A Car. Ada juga kedai lain, tapi kami pilih ke sini. 

Oh ya, kami tidak membuat tempahan awal, kami hanya menyewa terus di sini (walk in). Pastikan memiliki permit memandu antarabangsa, lesen memandu antarabangsa yang dibuat di Malaysia. Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang permit memandu antarabangsa (IDP) ini.


Baca cerita bergambar tentang cara-cara menyewa kereta di Asahikawa, Hokkaido ini.


 
Masuk kedai sewa kereta. Terus tanya perihal nak sewa kereta. Staf kedai fasih berbahasa Inggeris. Beliau menerangkan perihal kereta sewa. Kami memilih kereta 1300cc dan sewa selama 12 jam (setengah hari).  Kami banyak juga tanya-tanya dan beliau jawab dengan sopan sekali. Hehehe



Isi borang, serahkan permit memandu antarabangsa dan passport. Kami buat pembayaran secara cash, ada deposit tapi dah tak ingat berapa. Jangan lupa ambil sekali insuran perjalanan kenderaan.



Ini adalah senarai pilihan kenderaan. Oleh kerana kawasan yang nak pergi berbukit, kami pilih kereta yang CC tak kecik, walaupun kami berdua je. Takut juga tak boleh naik bukit. Tapi secara keseluruhan ok je. 


Setelah selesai urusan pendaftaran dan bayaran, petugas akan sediakan kereta. Masa ni, kita perlu cek keadaan kereta. Kalau ada calar atau kemek, ada borang untuk kita isi. Semak betul-betul masa ni pastikan tayar juga dalam keadaan baik. Masa ni tanyalah pasal kenderaan ni pada petugas. Minta juga mereka bantu tunjukkan cara guna GPS mereka.




Kita perlu tulis koordinat tempat nak pergi dalam GPS ni. Tulisan Jepun tapi berbunyi suara dalam English. Heheheh. Masukkan nombor telefon tempat yang kita nak pergi sahaja sebagai arah tujuan. Ada buku panduan navigasi Hokkaido dapat di tempat sewa kereta tadi. Boleh gunakan juga.

Perjalanan kami ke Blue Lake ini mengambil masa dalam sejam. Jalan agak berbukit bukau dan sunyi. Hayatilah permandangan sepanjang perjalanan. 



Alhamdulillah, sampai akhirnya. Parking dalam kawasan yang disediakan. Ikut arah papan tanda, ikut jalan yang disediakan. Masa kami pergi ni, ada juga tourist yang datang naik bas persiaran. 



Set kamera dahlu. Ada beberapa spot tangkap gamabr yang menarik. Suhu masa ni sejuk. Dalam 5 darjah celsius. Kalau buka glove tu boleh kejung jari juga. Pandai-pandailah gunakan hand warmer yang ada. Saya simpan dalam poket dan letak dalam baju pun ada. Kamera yang digunakan ialah Canon 6D dan Sony A6000. 


Hasil gambar selama hampir 2 jam disini. Tiada apa yang menarik selain menghayati keindahan tasik yang berwarna biru ini. Hayati alam, jaga persekitaran dan jangan rosakkan atau alihkan apa-apa di kawasan ini.




Selepas itu, kami bungkus kamera dan bersiap ke Mt Asahidake pula. Tunggu next entry ya..






www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 

 Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. 
≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog