Trip Sapporo Autumn Yang Cantik Day 1

Kami sampai pada Hari Jumaat di Sapporo. Best sekali sampai pada penghulu hari. Usai selesai urusan menukar pass, kami bergegas menaiki train ke Sapporo. Tujuan kami adalah untuk merakam gambar daun-daun kuning cantik, dan semestilah perlu pergi ke Hokkaido University. Cantik sangat tau!

Perjalanan ke sini hanya dalam 40 minit ke stesen JR Sapporo. Berjalan kaki mengikut peta dalam 10 minit. Terus sampai ke pintu kampus ini. Ramai orang ambil gambar sekitar sini tau. 


Gambar en suami apabila di tangkap oleh si isteri. Oh, objeknya blur..Hahahha. Gambar adalah ketika dalam perjalanan mencari kampus Hokkaido University.



Layan gambar saja boleh? Serius masa ni kami pun takjub sangat. Cuaca dah lah sepoi-sepoi sejuk, angin banyak dan sunyi je. Sesekali ada lori lalu pecah kesunyian. Orang lalu lalang nak masuk universiti ini nak belajar kot ada juga. Tak kurang juga pelancong yang datang mengambil gambar. Tapi, sunyi dan sejuk. Tak tau nak gambar camna dah...


Ini shot yang perlu ambil. Perhatikan ada tak kereta sedang lalu? kalau takde, cepat-cepatlah berdiri tengah-tengah jalan dan klik kamera. Yeay!


Selesai bergambar, waktu dah hampir menunjukkan waktu solat Jumaat hampir tiba. Kami dah bersedia nak ke Masjid berdekatan. Berjalan kaki ke Masjid Sapporo yang memang dekat je dengan universiti ni. Ramai dah muslim tunggu. Ini kali pertama akak solat Jumaat di masjid. Wow, kat Jepun lah pulak....Hahhaha. Kat Malaysia tak pernah pulak solat Jumaat di masjid kan? hehheh



Ramai juga pelajar dan orang yang bekerja solat di sini. 2 tingkat, tingkat ke 2 tempat muslimah. Ketika itu, ada 2 saf jemaah wanita. Khutbah dalam bahasa Inggeris. Jemaah wanita dengar melalui speaker tingkat 2. 


Selesai solat. kami terus jalan-jalan sekitar Sapporo. Hasrat melawat Sapporo TV dan Clock tower. Gambar bawah ini adalah di TV tower. 





Selepas itu, kami terus check in di Art Hotel Sapporo. Sebab kami memilih art hotel adalah kerana hotel ini di iktiraf Muslim Friendly. Apapun, kami terus berehat dan bersihkan diri sebelum memulakan perjalanan sebelah petang pula. Tunggu next entry ya..

Art Hotel Sapporo

Nak menyewa di #airbnb. Klik sini untuk mendaftar dan dapatkan kredit percuma bagi setiap pendaftaran baru. Jimat kos penginapan kita dengan airbnb. www.airbnb.com/c/ahani6



Baca sini untuk persediaan Trip Musim Luruh Sapporo.

www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 
www.wasap.my/60192710642 

 Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog