Trip Singkat Ke Sapporo Musim Autumn 1

Macam biasa, akak dan suami buat keputusan last minit nak pergi mengembara masa singkat ke Sapporo pula. Kali ini special trip sebab kami tak bawa anak-anak. Trip honeymoon sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 11. Sedar tak sedar 11 tahun dah  berumahtangga.

Trip ini singkat sebab hanya 4 hari solid di Hokkaido. Seperi biasa, akak dan suami akan buat rancangan terlebih dahulu dan setelah kami berbincang, kami decide untuk ambil Hokkaido Rail Pass. Suami juga buat permit memandu antarabangsa  (klik untuk tahu pasal cara buat IDP lesen memandu antarabangsa ni) kerana plan asal kami hendak sewa kereta. Tapi setelah memikirkan beberapa kekangan, kami decide naik train sahaja.

Kedatangan kami di New Chitose Airport di sambut dengan patung Doraemon. Yeay. ALhamdulillah selamat sampai dah.

Hhttp://www.his.com.my/jrpass/okkaido Rail Pass.

Pass ini kami beli siap-siap di Malaysia. Kami beli daripada HIS Malaysia. Klik sini untuk tahu HIS MALAYSIA. Boleh juga dibeli di Jepun, tapi kami nak beli siap-siap supaya tidak kalut nak beli masa sampai nanti. Mujur percaturan kami tepat! Banyak dapat free gift pula dari HIS ni tau. Semua transaksi secara online dan pihak HIS pos kepada kami. mudah je kan?

Pass ini valid selama 3 hari (bermula dari train pertama hari pertama kita menggunakan pass ini, sehingga train terakhir hari ke3) ia berharga 16500 yen. Bagi kami, sangat berbaloi berbanding cara beli tiket satu-satu kerana jarak antara satu tempat agak jauh. Hokkaido ni besar tau!
Hokkaido Rail Pass
Sampai sahaja kami di New Chitose Airport, terus kami ke kaunter JR pass ini untuk menukarkan pass kami. Ambil nombor giliran dan beratur tunggu dalam barisan. Sambil tu boleh fikir nak tanya apa-apa kat kaunter. Di kaunter, kita serahkan passport dan voucher yang kita beli dari HIS tadi. Kaunter akan tukarkan dengan pass seperti gambar kat atas tu. Cantik kan tulisan tangan mereka? Hati-hati sangat bila diorang menulis tau!



Ini adalah pegawai yang menguruskan pass kami. Sangat tertib dan bersopan santun. Beliau juga menjawab beberapa soalan kami dengan baik. Jangan risau, ramai pegawai sini dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Sini juga boleh kita booking tiket shinkanshen siap-siap. Kami meminta beliau menukarkan tiket ke Sapporo terus ketika ini. Mudah je urusan, syukur.



Bersambung pada entry berikutnya..boleh?



Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu COSMOS klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog